;

Saturday, October 24, 2009

SEJARAH PENUBUHAN RUKUN TETANGGA

Selepas Pilihanraya Umum 1974, Kementerian Perpaduan Negara telah ditukarkan tarafnya kepada Lembaga Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kemudian pada bulan Februari 1980, Lembaga Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan nama agensi baru ini berubah balik pada bulan Januari 1983 kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Mulai 27 Oktober 1990, Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan meneruskan peranannya berlandaskan Peraturan P.U. (A) 35 (bertarikh 10 Februari 2000) yang menekankan aspek Hubungan Kaum, Program Perpaduan Negara, Penyelidikan Etno Sosial, Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan dan Integrasi Nasional.
Berikutan penyusunan semula Jabatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui Waran Perjawatan S 82 Tahun 2001 bertarikh 24 Julai 2001 dan berkuatkuasa 1 Jun 2001 maka Jabatan Perpaduan Negara kini terdiri daripada Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Penyelidikan dan Impak, Hubungan Antarabangsa, Pembangunan Komuniti dan Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional.
Pada tahun 1969, ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 pihak berkuasa Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) telah menetapkan supaya badan tertentu ditubuhkan sebagai urusetia bagi penyelarasan aktiviti yang berbentuk perpaduan dan muhibah antara kaum. Badan tersebut dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara.
Tugas utama Jabatan Perpaduan Negara pada itu ialah membuat kajian ke atas sikap antara kaum bagi memupuk semangat muhibah serta memulihkan semula hubungan rapat antara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, MAGERAN juga menubuhkan Majlis-majlis Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan dibawah Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis Muhibah)1969 yang diwartakan pada 18 Julai 1969 yang diselaraskan oleh Pejabat Muhibah Negara.
22 Februari 1971, sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis Perpaduan Negara telah dibentuk dan diwartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis Perpaduan Negara), 1971. Majlis ini kemudian diubah kapada Majlis Penasihat Perpaduan Negara dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh 51 orang wakil dari berbagai keturunan dan yang berpengalaman dalam hal ehwal kenegaraan. Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah diberi khidmat urusetia bersama oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara.
Pada 1 Januari 1972, Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dinaikkan tarafnya kepada Kementerian Perpaduan Negara. Kementerian ini bertanggungjawab bagi menyelaras tugas-tugas Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Majlis Muhibah di peringkat pusat dan jawatankuasa-jawatankuasa Muhibah yang lain.

No comments:

Post a Comment

Terjemahan Al-quran